Tuesday, April 19, 2011

Apa yang tinggal lagi? sampai AGAMA pun dah nak kena gadai. Wajib Baca

Assalamualaikum saudara-saudari seagama ku sekalian...

Dunia akhir zaman semakin hebat tekanan ke atas agama Islam. Islam dicaci, dihina, dipaparkan keburukan dari segala segi segenap penjuru 360 darjah dan dalam pelbagai bentuk serangan. Dulu mereka menentang secara terang-terangan dan sehingga kini mereka masih menyerang tetapi bentuk serangan pula adalah berbeza. Mereka semakin licik dan begitu halus sehingga kita umat Islam tidak nampak dan tidak perasan segala pergerakan mereka. Pergerakan freemason ini sekarang semakin terdesak menggunakan medium mereka untuk menekan pemerintah supaya mengikut telunjuk mereka. Baru-baru ini kita telah dikhabarkan di akhbar tempatan tentang IFC. Berikut adalah petikan akhbar tersebut.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Berikut adalah kenyataan dari saudara kita saudara Affendi email kepada saya. Harap info ini dapat menyatupadukan kita semua untuk menegakkan kalimah Allah di akhir zaman ini. Allahuakbar!

Tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

diambil dari http://www.facebook.com/notes/darun-nafis-al-baab/apa-yang-tinggal-lagi-sampai-agama-pun-dah-nak-kena-gadai-wajib-baca/195568897146424

6 comments:

Ckin Kembaq said...

Ish! Bahaya betul. Nak Malaysia ditimpa bala la tu.. ish..kalu bala mai, buka stakat depa yg kena, tapi kita semua..hmm..

zarulazlan said...

ur rite buddy , apabila agama dijadikan tpoeng kesan nye jadi la bnde2 mcm ne . haish --'

tuanputerifaaa said...

Ini bukan masalah mufti yg dah tua tak open-minded, but org yg bercakap mcm tu sendiri yg tak belajar agama. jadi menteri, jadi org2 atasan atas sebb dia kaya, "berpelajaran tinggi" tp tak belajar agama. sedangkan apa yg termaktub dalam kitab2, buku2 itu semua basic2 agama islam. itu lah manusia. sebab tu lahh petanda2 kiamat semua semakin hampir, org yg sepatutnya mengadili sendiri pun tak adil. org yg nak membanteras rasuah pun kena bunuh.org yg sepatutnya memimpin negara kita "negara islam" sendiri pun tak mengamalkan ciri ciri islam. take notes (: (hanya berkongsi. maaf kalau ada salah silap.)

zarulazlan said...

btol akak ety sye sokong 110% :). thnks for sharing with us :)

tuanputerifaaa said...

kah kah kah. gila baik lah aku harini kan, buncet ? muahaha. sama sama (: bukak mata bukak hati, lapangkan minda. cermin diri hiasi peribadi (:

zarulazlan said...

yeah thanks for the dropby :)